Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 24, 2008

Pelan peralihan: bahagian di K'tan tak sekata - Malaysiakini

Walaupun pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa Umno negeri menyokong pelan peralihan kuasa pada 2010, tetapi sekurang-kurannya tiga bahagian di negeri itu memutuskan untuk menyerahkannya kepada perwakilan.

Ketiga-tiga bahagian tersebut ialah Machang, Rantau Panjang dan Gua Musang. Kelantan mempunyai 14 bahagian.

Umno bahagian Machang dan Rantau Panjang masing-masing akan bermesyuarat pada 10 Oktober dan Gua Musang pada 1 November.

Isnin lalu, pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian sepakat menyokong pelan peralihan kuasa itu.

sazmi miah umno youth blog launching 100608 004Ketua Pemuda Machang, Datuk Sazmi Miah berkata berkata bahagian tersebut menyerahkan kepada perwakilan untuk membincangkan isu peralihan kuasa sama harus dipercepatkan atau mengikut pelan yang telah dipersetujui antara perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, ia adalah antara usul yang dikemukakan oleh cawangan-cawangan untuk dibincang dalam mesyuarat bahagian bulan depan.

"Ia diserahkan kepada perwakilan bahagian untuk membuat keputusan," kata Sazmi.

No comments: