Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 24, 2008

Najib batal lawatan ke AS - Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula esok hingga 1 Oktober.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri petang ini menyebut pembatalan lawatan kerja itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Ini ekoran keadaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang menuntut perhatian Timbalan Perdana Menteri untuk menjamin keadaan ekonomi negara terus kukuh,” kata kenyataan itu.
Tambahan pula, kata kenyataan itu, Najib baru dilantik sebagai Menteri Kewangan berkuatkuasa 17 September lalu.

Pelantikan ini menyebabkan beliau memerlukan masa untuk mendapatkan segala taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi negara daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan.

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa petrol turun 10 sen saja? Kenapa tidak 30 sen? Hidup rakyat susah!!!!! Harga barangan tak turn pun. Harga teh dan kopi pun naik. Kopi dari 80 sen ke RM1.20 secawan. Tapi bila petrol turun 15 sen dan sekarang 10 sen, harga kopi tetap RM1.20 secawan.

chong said...

sungguh teruknya pelaksanaannya. harga minyak naik secara mendadak menyebabkan inflasi teruk. bila harga minyak turun sikit sahaja, harga barang yang lain mana boleh turut ikut turun.