Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, September 23, 2008

Muhyiddin menyalak lagi - Kita tunggu sapa yang tersingikir ? - Malaysiakini

Muhyiddin Yassin sekali lagi bersuara semalam dengan menegaskan bahawa jangka hayat UMNO tidak pasti akan lama jika sesuatu tidak dilakukan untuk membetulkan UMNO kembali. Ada juga yang berpendapat apa yang dikatakan oleh Muhyiddin ini sama maksud dengan jika saya tidak diangkat menjadi orang yang kedua dalam UMNO. Sebagai Naib Presiden UMNO Muhyidiin sepatutnya menumpukan kepada usaha memulihkan UMNO dan cara memulihkan UMNO bukan dengan hari-hari menyalak agar Presiden Parti mengundur diri secepat yang mungkin.

Idea yang bernas perlu dibentangkan selain dari idea yang retorik sepanjang masa mendesak Presiden Parti untuk berundur. Apakah Muhyiddin sengaja membutakan mata dan tidak nampak bahawa UMNO sedang dalam proses pemulihan dan banyak perkara yang sedang dibuta termasuk mengikut kehendak Muhyiddin sendiri yang tidak mahu bosnya lagi. Pak Lah sudah mengumumkan akan peralihan kuasa dan hanya masa sahaja yang akan menyaksikan Pak Lah berundur seperti kehendak mereka.

Najib juga telah diberikan kuasa atas pantauan Perdana Menteri sebelum Perdana Menteri melepaskan jawatan secara total. Persediaan menghadapi pilihanraya Umum 13 telah pun bermula, hanya Muhyiddin sahaja yang tidak nampak kerana sibuk dengan mendesak Pak Lah mengundurkan diri.

Apakah hanya dengan mendesak PakLah berundur dan segala masalah dalam UMNO selesai? Masalah bukan hanya kepada Pak Lah, masalah juga terletak kepada Muhyiddin dan juak-juak beliau yang gilakan pangkat. Ini juga masalah yang besar dalam UMNO. Pemimpin yang gilakan kuasa sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan jawatan termasuk sanggup melawan pemimpin kerana mahukan jawatan. Muhyiddin sememangnya tidak layak untuk memegang kerusi tertinggi dalam UMNO kerana sikap beliau yang tidak sabar, tidak hormat pemimpin dan tidak hormat ahli akar umbi.

Yang mendesak Pak Lah turun hanyalah ahli-ahli yang dipengaruhi oleh Muhyiddin, namun Muhyiddin juga jangan lupa bahawa ramai lagi yang akan mencalonkan Pak Lah dan menyokong beliau. Jika beliau menang dalam pemilihan Presiden ini bererti suara Muhyiddin bukanlah suara majoriti. Mesyuarat Bahagian belum lagi bermula dan tidak adil jika Muhyiddin mengatakan semua bahagian mendesak Pak Lah berundur segera. Yang selalu menyalak Pak Lah berundur segera ialah juak-juak Muhyiddin dan belum tentu Muhyiddin akan kekal sebagai Naib Presiden selepas pemilihan ini. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tersingkir selepas pemilihan UMNO 2008 ini.

No comments: