Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, September 15, 2008

Misi kempen Mukhriz 'Berani Berubah' sudah bermula - Malaysiakini

6 September 2008 yang lalu, Dato' Mukhriz Mahathir telah menyatakan pengumuman rasmi untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti 18 Disember ini. Pengumuman ini berlangsung di rumah ayahanda beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.

Hampir 600 orang dari seluruh negara telah berkampung pada petang itu. Kelihatan juga ramai pemimpin Pemuda UMNO dari seluruh negara turun bagi menghadirkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Mukhriz. Laungan Hidup UMNO! dan Hidup Mukhriz sentiasa bergema di setiap masa.

Berani Berubah!
Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato’ Mukhriz Mahathir

6 September 2008, bersamaan 6 Ramadhan 1429

Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.

Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.

Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.

Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.

Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sekian. Terima kasih.
Misi Mukhriz sudah bermula, Khir Toyo macam mana.?

2 comments:

arifabdull said...

Just back home from CLV at Bogger House at Damansara KL. Almost 100 ppl participated despite of the rain and short notice.
~~~

Jom lakukan HARTAL untuk selamatkan negara tercinta ini.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG!
MANSUHKAN ISA SEKARANG!



Let's do HARTAL for our beloved country.

FREE ALL ISA DETAINEES NOW!
ABOLISH ISA NOW!

Anonymous said...

The year was 2004. Malaysian were thinking that finally we had a "Justice Bao" in our new PM who would transform the racist politicians in the ruling government into a new democratic platform for the goodness of the citizens and the country. The PM got a hugh mandate from the electorate and the citizens were longing to see a brighter future for the nation with good governance, high intergity and a new level of fairness to all. But that dream has collapsed and the reality remained that the country's politic has become more racist and corruption more rampant. The last nail in the coffin for the PM is when ISA detentions have been allowed in the country based on irrational and illogical assumptions, as well as lies by others! Please don't go into self denial and proclaim that the majority is agreeable to the action. Who is this majority? The party members? As a PM who has presented such high esteem as a muslim intelect, it is quite surprising that he would deemed the recent ISA detentions have been fair and accurate! The citizens in this country are not in distress, the politicians are! The citizens in this country are not in confrontation, the politicians are!