Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 27, 2008

MCA tidak akan tinggalkan BN - Malaysiakini

MCA tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan ekonomi negara terus berkembang dan mengekalkan keharmonian pelbagai kaum di negara ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata MCA sebagai antara pengasas BN tidak perlu bertindak keluar daripada BN hanya kerana ada pemimpin Umno yang membuat kenyataan berbaur perkauman termasuk melabelkan kaum Cina sebagai pendatang.

Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata hanya segelintir pemimpin dan anggota Umno yang bersikap sedemikian manakala sebahagian besar pemimpin Umno dan parti komponen lain mengamalkan sikap toleransi serta mengutamakan perpaduan kaum.
“Kita tiada pilihan lain dan BN adalah yang terbaik dalam usaha memastikan perpaduan dan hak saksama semua kaum di negara ini terbela,” katanya selepas merasmikan pejabat baru MCA Bahagian Kapar di Mutiara Point Jalan Meru, Klang hari ini.
Beliau berkata pucuk pimpinan dan anggota MCA perlu menyedari hakikat bahawa Umno adalah antara gabungan terbaik bagi parti terbesar kaum Cina di negara ini berdiri di bawah pakatan BN.
“MCA tidak akan bergabung dengan PAS kerana kita tidak pernah menjalin kerjasama dan hubungan yang baik seperti hubungan MCA-Umno,” katanya.
Ong berkata MCA juga tidak akan bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak mahu sejarah lama berulang iaitu ketika era penubuhan Independence Malayan Party (IMP) pada 1951 sehingga MCA tidak mendapat sokongan dan hilang arah perjuangan.

Katanya berdasarkan sejarah, bekas Presiden MCA Tan Sri Tan Cheng Lock menyertai parti IMP yang ditubuhkan Datuk Onn Jaafar selepas tiga minggu beliau keluar daripada Umno pada 1951.

Beliau berkata bekas Presiden MCA itu memberi sokongan penuh kepada IMP kerana kawan baik kepada Onn tetapi parti itu mendapat sambutan sehingga dibubarkan pada 1954.

1 comment:

Anonymous said...

In malaysia, the politicians seem to serve the party interest first. Otherwise they cannot move up the rank and secure power. In doing so, they can become very racist to fight for the support of the grassroot members. For this path to continue, our country will be destroyed by such politicians who are unable to look beyond race issues. Political parties should be formed to serve the interest and the right of the rakyat and the country ( and not individual bangsa dan negara ).