Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 17, 2008

Kini Najib dah jadi blogger - Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan laman web peribadinya www.1Malaysia.com.my supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, laman web itu diharapkan dapat menyediakan satu forum bagi semua rakyat Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu penting di samping menggalakkan pencapaian matlamat bersama dan mengetengahkan kepelbagaian unik negara.

wanita umno with leaders event najib 050808 02Najib dalam kenyataan itu berkata beliau merasa bimbang melihat ada pihak-pihak tertentu yang berusaha merenggangkan hubungan antara komuniti dalam negara bagi tujuan politik serta kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, katanya, www.1Malaysia.com.my diharapkan dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas, secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Najib turut menggalakkan semua rakyat Malaysia menyertai dialog ini, dan mendapatkan perspektif sesama rakyat, dan menyediakan maklum balas terus mengenai cara bagaimana kerajaan dapat lebih menghormati sepenuhnya lagi masyarakat Malaysia.

No comments: