Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 28, 2008

Jawapan kepada teka teki Perdana Menteri…- Malaysiakini

Kebiasaannya kebanyakan para wartawan akan cabut terus balik pejabat untuk menyiapkan berita masing-masing sejurus selesai sidang akhbar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Namun ramai juga yang melepak sekitar lobi menara Dato Onn PWTC mundar mandir berbual bersama rakan-rakan wartawan lain dan orang politik yang ada di situ lama selepas selesai sidang akhbar mesyuarat khas MT tengahari Jumaat.

Ada yang kelihatan agak blurr dan cuba nak dapat kepastian bagaimana nak letakan kata-kata yang disampaikan oleh Presiden UMNO semasa sidang akhbar tadi dalam prespektif yang betul.

Seperti yang diumum oleh Perdana Menteri mesyuarat berkenaan telah buat keputusan besar anjak tarikh pemilihan jawatan parti dari Disember tahun ini ke bulan Mac tahun depan.

Juga satu lagi keputusan besar yang beliau umumkan menyangkut kedudukannya ialah anjakan tarikh berkenaan adalah untuk melicinkan proses peralihan kuasa yang sepatutnya telah ditetapkan pada Jun 2010..

Cuma beliau tidak memberi tanda noktah pada soalan terbesar yang semua orang ingin tahu iaitu samaada hendak mempertahankan atau tidak jawatan Presiden UMNO.

Beliau membuka teka teki tentang soal ini bila ditanya mengenainya dalam sidang akhbar itu.
“Terpulang kepada saya sama ada bertanding atau tidak. Anda boleh terus meneka tetapi keputusannya di tangan saya,” katanya.
Kepada soalan lain yang berkaitan hal yang sama Perdana Menteri memberi tarikh pasti bila akan mengumumkan keputusan berkenaan – iaitu sebelum 9 Oktober ini bila 191 UMNO Bahagian di seluruh negara akan mula bermesyuarat dalam tempoh sebulan yang telah ditetapkan.

Makanya semua orang ada 13 hari yakni dari 26 September hingga 9 Oktober ini untuk mencari jawapan kepada teka teki itu sebelum Perdana Menteri mengumumkannya sendiri.

Dari tinjauan rambang yang dibuat, ramai juga kalangan pemerhati politik yang berpendapat jawapan pada soalan terbesar itu sebenarnya sudah tersemat dicelah-celah kata-kata Perdana Menteri semasa menjawab soalan para wartawan selepas mesyuarat khas selama lebih kurang sejam setengah itu.

Menurut mereka cuma mungkin beliau hendak memilih platform lain yang lebih sesuai untuk membuat pengumuman besar itu.

Bagi mereka mengambil kira semua kenyataan Abdullah semasa sidang akhbar itu jawapannya memang mudah untuk diteka.

Sebenarnya memang tidak ada rumusan lain yang dapat dibuat selain itu berdasarkan kenyataannya bahawa anjakan tarikh pemilihan ke bulan Mac tahun depan adalah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.

Ditanya adakah pelan peralihan kuasa yang asal 2010 akan dikekalkan?
Ini kata Perdana Menteri , “ Kalau kita nak awalkan ( ke bulan Mac 2009 ) tidak ada lah original 2010 itu... tak timbullah perkara itu. “
Lojiknya jika misalnya Abdullah sudah memutuskan hendak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO perlu apa tarikh pemilihan itu hendak dianjakan tiga bulan.

Anjakan tarikh itu boleh diandaikan sebagai kompromi waktu yang paling sesuai untuk membuat peralihan berkenaan berbanding Jun 2010 yang dilihat terlalu lama.

Lagipun perlembagaan UMNO membolehkan pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan dari tarikh asal September 2007 dimana Mac 2008 genap tempoh berkenaan.

Ia juga akan membolehkan peralihan sekaligus dibuat yakni Najib dinobatkan secara bertanding atau tanpa tanding menerusi pemilihan jawatan UMNO untuk terus memegang jawatan Presiden UMNO.

Jika mengikut pelan Jun 2010 beliau perlu memangku jawatan nombor satu parti itu lebih setahun sehingga ke pemilihan parti akan datang iaitu hujung tahun 2011.

Dicelah segala ini para pemerhati melihat Perdana Menteri sendiri tahu kesannya jika berlaku pertandingan sengit dalam parti diketika UMNO berdepan dengan segala macam cabaran dari pembangkang sekarang.

Pendiriannya tentang keutuhan parti jelas dinyatakan bila ditanya wartawan dalam sidang akhbar itu adakah beliau sedia melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan lebih awal jika itu yang lebih baik untuk parti.
“Setahu saya, saya sayangkan parti walau semasa dalam keadaan sukar. Saya tidak pernah meninggalkan parti, saya tidak menyertai UMNO 46, saya tidak sertai parti lain, malah saya tidak pernah berada di atas platform parti pembangkang untuk menentang UMNO.

Tidak ada rekod saya menentang parti langsung pada bila-bila masa pun,”kata Abdullah.
Katakanlah beliau tetap buat keputusan hendak bertanding mempertahankan jawatannya.Soalan yang pasti berlegar apa jadi kepada parti jika bahagian-bahagian UMNO turut mencalonkan Najib sebagai Presiden parti.

Turut menjadi persoalan apa kesanya jika katakan Abdullah tidak dapat cukup kuota 58 pencalonan bahagian yang diperlukan.

Mahu tidak mahu semua ini tidak dapat dielakan pasti menjadi bahan perkiraaan.

Dalam pada itu kebanyakan para pemerhati sependapat mood semasa baik dalam UMNO maupun dikalangan orangramai ialah mahukan satu perubahan dalam parti.

Makanya dicampur,tolak dan bahagi dari kenyataan Perdana Menteri dengan senario politik semasa – sukar untuk menolak taruhan yang paling selamat ialah pengumuman penting menjelang 9 Oktober ini ialah beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO.

No comments: