Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 28, 2008

Jangan Salah Guna Ilmu Untuk Pecah Belah Ummah, Kata Abdullah - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan umat Islam supaya tidak menyalahgunakan ilmu bagi tujuan memecah belah perpaduan dan menghancurkan masa depan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri mahu ilmu digunakan untuk merancang masa depan yang lebih cemerlang dan menambah nilai kepada diri sendiri.
"Tugas kita untuk mencapai kemajuan dengan menambah nilai kepada diri, ilmu pengetahuan serta keimanan bagi kehidupan yang lebih bermakna," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Kampung Selamat di Kepala Batas, Sabtu malam.
Abdullah berkata perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri akan membawa kepada kelemahan ummah, oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap individu bagi mengelak ia daripada berlaku.
"Kita mestilah menggunakan ilmu dengan sebaiknya untuk merancang masa depan bagi kemajuan bangsa dan negara," katanya.
Terdahulu, Abdullah menyertai penduduk tempatan dalam majlis berbuka puasa di perkarangan masjid itu.

Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Jeanne Abdullah, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan penasihat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Datuk Seri Shahidan Kassim.

No comments: