Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, September 23, 2008

ISA Benteng Keselamatan Dan Keamanan Negara - Malaysiakini

Cheras – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pergerakan itu tidak setuju dengan saranan pihak tertentu yang mahukan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini kerana menurut beliau, akta berkenaan merupakan satu undang-undang dan peraturan yang akan menjamin keselamatan rakyat negara ini apabila negara berdepan dengan pihak yang tidak bertanggungajwab mengambil kesempatan membawa isu sensitif.
“Saya tidak setuju dengan saranan pihak tertentu yang mahukan akta ini dihapuskan. Dalam masyarakat majmuk, hak individu itu perlu diimbangi dengan hak majorti dan kebebasan yang dilaung-laungkan di mana sahaja bukan merupakan kebebasan mutlak kerana hak majoriti itu harus juga dipertahankan.

“Dan dalam negara negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, jika terdapat pihak tertentu mengambil kesempata membawa isu sensasi serta sensitif, dan bila negara serta keselamatan rakyatnya berada dalam keadaan dan sudut membimbangkan, inilah sebenarnya akta dan peraturan serta undang-undang yang akan menyelamatkan kita.

“Bila dah berlaku baru nak bincang, pada masa dan ketika itu dah terlewat, dan pada mereka yang pegang amanah serta yang akan melaksanakan undang-undang itu, peganglah amanah itu dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas serta jujur supaya kredibiliti mereka dapat dipertahankan”, katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Majlis Peguam yang mahukan ISA dimansuhkan.

Terdahulu sebelum itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Qariah Masjid Jamek Alam Shah, semalam.

Berhubung saranan agar ISA diperhalusi, Hishammuddin seterusnya berkata cadangan berkenaan merupakan kaedah yang selalu dipraktikkan.
“Itu sntiasa merupakan kaedah kita dimana zaman berubah dan kita dituntut melihat sesuatu undang-undang atau peraturan mengikut zaman. Dan jika sekiranya perlu dilakukan, ia hanya boleh dilakukan dalam suasana semua pihak rasional.

“Tetapi jika sekiranya masih wujud pertimbangan politik dan polemik, apa jua pindaan yang akan diperhalusi ianya tidak akan membawa kepada kebaikan kerana apa yang jadi pendorong kepada pindaan itu ialah kebimbangan sempit polemik dan peribadi masing-masing”, katanya.

No comments: