Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 24, 2008

Harga Minyak : Desakan Pembangkang Untuk Tangguk Populariti - Malaysiakini

Oleh : Haris Razali
Kulim - Desakan parti pembangkang agar harga minyak diturunkan sekali lagi ketika kerajaan masih lagi mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dilihat satu helah dan tipu muslihat untuk meraih sokongan politik.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azimi Daim berkata sebagai sebuah kerajaan yang peka dan prihatin terhadap rakyat, kerajaan semestinya mengambil beberapa pendapat daripada menteri dan kabinet yang lain sebelum mengumumkan perkara terbabit.

Justeru beliau menempelak parti pembangkang yang cuba meraih publisiti murahan dengan mengembar-gemburkan desakan terbabit walau pun tahu harga bahan api terbabit akan diturunkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.
"Dalam tempoh kerajaan meneliti penurunan harga bahan api dunia dengan kedudukan harga bahan tersebut di negara kita, pembangkang sudah mula mencanang dengan pelbagai desakan.

"Dan setelah kerajaan membuat keputusan menurunkan harga bahan bakar tersebut, mereka akhirnya mengaku kononnya hasil desakan merekalah kerajaan terpaksa tunduk dan akur untuk menurunkan harga minyak.

"Jadi kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak peka kepada rakyat berbanding pembangkang. Inilah hasrat mereka", katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan parti pembangkang yang mendesak agar kerajaan menurunkan harga minyak sedangkan kerajaan berhasrat untuk menurunkan harga bahan api terbabit selaras dengan penurunan minyak dunia.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa kerajaan khususnya kementerian yang terlibat agar memantau harga barang yang dilihat seolah-olah tidak berubah dan kadangkala terus mengalami kenaikan sungguhpun harga bahan api telah diturunkan oleh kerajaan.
"Kita mintalah pihak berwajib kerap turun padang untuk meneliti harga semasa pengguna. Kalau tidak cukup kakitangan, mintalah penambahan.

"Kenaikan harga barang sebenarnya memberi impak negatif terhadap kerajaan dan sudah pastinya yang akan menjadi cemuhan adalah UMNO dan BN. Sebab itulah kita minta agar perkara ini diberi penekanan", katanya.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penentuan harga minyak perlu diputuskan oleh Kabinet yang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
''Kita lihat (harga minyak) atau mungkin (diumumkan penurunan harga minyak) pada bila-bila masa," katanya ketika ditanya sama ada keputusan itu bakal diketahui selepas mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter.

2 comments:

Anonymous said...

Betul tuuu... ttg kata2 saudara..
Bila PR mendesak supaya harga bahan api diturunkan & bila kerajaan UMNO kasi turun jadi di anggap kerajaan UMNO ikut telunjuk PR.. kan..kan..
Sama jua dengan anda..desak supaya harga2 barang keperluan yg dinaikkan oleh pemborong & peniaga supaya diturunkan..supaya bila di turunkan(harga) nanti..anda juala yg dapat nama..kan..kan..kan..
Dan akan diingat sebagai hero melayu.. "Datuk Azimi Daim Pengampu..Pengampu Pie eM "..

Anonymous said...

As at last nite, US petrol price was USD2.64 per gallon.

USD2.64 X RM3.40 = RM8.976 per gallon.
1 US gallon = 3.7854 litres
so 1 litre of petrol in US = RM8.976/3.7854 = RM2.371 per litre

Market price = RM2.37 per litre
So called "subsidy" = RM0.30 per litre

So new petrol price = RM2.07 per litre?

Sure hope so.