Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 11, 2008

Hanya Keajaiban sahaja yang akan menyelamatkan Muhyiddin

Dalam kegembiraan ahli UMNO menyambut kemasukan Tun Dr Mahathir kembali kepangkuan UMNO ada juga yang merasa sangsi dan tertanya-tanya apakah muslihat Tun kembali kepangkuan UMNO setelah dia sendiri memberikan syarat sebelum ini tidak akan kembali ke pangkuan UMNO selagi Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri. Mungkin kah Tun kembali kedalam UMNO kerana mahu menyelamatkan UMNO seperti yang beliau nyatakan dan akan menjadi “:master mind” untuk pertarungan dua kumpulan Gergasi didalam UMNO.

Apakah beliau kembali kepangkuan UMNO untuk menjadi “kempen manager” kepada Mukhriz yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO dan menjadi talian hayat kepada Muhyiddin Yassin yang sememangnya memerlukan talian hayat untuk meneruskan survival kerjaya politik beliau. Mukhriz di katakan memerlukan Tun sebagai payung untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Tengku Razaleigh bukanlah alasan yang kukuh untuk mengembalikan Tun ke dalam UMNO kerana “with or without” Tengku Razaleigh Tun akan mencari seorang boneka untuk digandingkan dengan Muhyiddin. Sasaran utama Tun adalah Najib untuk diganding dengan Muhyiddin namun ini tidak mungkin akan berlaku kerana Najib lebih rela berganding dengan Pak Lah daripada berganding dengan Muyiddin. Mahu tidak mahu Tun terpaksa mengutip Ku Li sebagai gandingan Muhyiddin.

Muhyiddin bagaikan tidak sabar lagi untuk mengisi kekosongan yang akan dikosongkan oleh Najib sekiranya Pak Lah akan mengosongkan kerusi pertama dalam kerajaan Malaysia dan juga kerusi pertama didalam UMNO. Hanya satu cara yang boleh Muhyiddin lakukan adalah mendesak bosnya untuk melepaskan jawatan yang pertama itu. Ketidaksabaran Muhyiddin tidak dapat disembunyikan lagi apabila hari ini beliau sering dan sentiasa mendesak Pak Lah untuk membuat peralihan kuasa secepat mungkin.

Ramai dikalangan pemimpin dalam UMNO berpendapat bahawa Muhyiddin terlalu ghiarah dan tidak mempunyai kesabaran, tidak seperti Najib. Jika Anwar tergila kan kerusi Perdana Menteri, Muhyiddin pula tergilakan kerusi Timbalan Presiden. Ada yang berpandapat bahawa Muhyiddin sekarang sedang mengali kuburnya sendiri. Beliau kini telah hilang hormat dengan bosnya sendiri dan beliau telah lupakan jasa Pak Lah kepadanya.

Jika kita amati betul-betul, Pak Lah dan Najib mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan Muhyiddin melatah sendiri. Mereka diam bukan kerana mereka takut kepada Muhyiddin, tetapi diam-diam mereka berisi. Ramai yang umumnya tahu akan hubungan Najib dengan Muhyiddin bukanlah begitu akrab dan ramai yang tahu Najib tidak mempunyai kesesuain langsung dengan Muhyiddin. Itulah sebabnya Najib tidak pernah berniat untuk berganding dengan Muhyiddin.

Akan tercapaikah hasrat Muhyiddin ?

Kalau boleh Muhyiddin mahukan Pak Lah melepaskan saja kerusi Presiden dan juga Perdana Menteri sebelum pemilihan UMNO. Kalau boleh beliau tidak mahu bertanding dalam pemilihan ini sekiranya beliau masih tidak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri atau pun Timbalan Presiden UMNO kerana Muhyiddin tahu gandingan beliau dengan Ku Li bukan lah satu gandingan yang mantap yang boleh menumbangkan gandingan Pak Lah dan Najib. Seandainya beliau tidak ada pilihan dan terpaksa bertanding beliau terpaksa juga meneruskan cabaran itu dalam keadaan “Do it or die”.

Muhyiddin masih meggharapkan beliau tidak akan melalui tarikh keramat pada bulan Disember ini kerana beliau telah pun nampak kubur yang telah disediakan untuk beliau jika terpaksa bertanding menentang Najib. Satistik kepopulariti Najib dan Muhyiddin amat jauh sekali, sukar untuk Muhyiddin bersaing dengan Najib. Kesilapan Muhyiddin mendesak Pak Lah secara konsisten telah menurunkan kepopulariti beliau kerana beliau kini dianggap sebagai penderhaka kepada kepimpinan tertinggi UMNO apatah lagi beliau adalah seorang Naib Presiden UMNO yang sepatutnya sentiasa berdiri dibelakang Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Hanya keajaiban sahaja yang akan dapat menyelamatkan kerjaya politik Muhyiddin.

No comments: