Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 28, 2008

Apa yang Ku Li merapu ????

Apa yang Ku Li merapu apabila beliau mengesa Perdana Menteri untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO. Pak lah tidak pun lagi menyatakan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi presiden malahan tidak membuat apa-apa keputusan mengenai mempertahankan kerusi Presiden UMNO. Ku Li seolah-olah takut sekiranya Pak Lah tidak mempertahankan kerusi Presiden dan sekiranya Pak Lah tidak mempertahankan kerusi berkenaan bererti Najib akan dicalonkan untuk bertanding merebut kerusi Presiden , jika ini berlaku , Ku Li akan siang-siang lagi tewas sebelum bertanding.

Tidak siapa yang menghalang Ku Li bertanding , bertandinglah…. Sekiranya Pak Lah akian mempertahankna kerusi Presiden dan berganding dengan Najib, sukar juga untuk Ku Li untuk menang menentang Pak Lah. Ku Li kini sudah menjadi seperti Anwar Ibrahim yang terlalu mengejar kerusi Presiden UMNO dan mahu menajdi Perdana Mneteri yang ke 6. Jangan terlalu ghairah Ku Li kerana apa juga Kmungkinan boleh berlaku dalam arus politik yang tidak menentu ini. Luka Ku Li nempaknya telah bertukar menjadi barah.

Petikan keyataan Ku Li dari Utusan Malaysia

No comments: