Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 28, 2008

20 Ketua Pemuda UMNO Perak muka baru - Malaysiakini

Sebanyak 20 daripada 25 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak dijangka terdiri daripada muka-muka baru apabila pemilihan bahagian bermula pada 9 Oktober ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, ia berikutan kesemua 20 ketua pemuda UMNO bahagian sudah melebihi had umur.

Menurutnya, dalam pemilihan kali ini hanya lima UMNO bahagian menyaksikan pertandingan membabitkan jawatan ketua pemuda.
"Pemilihan kali ini sangat bersejarah kerana banyak Pemuda UMNO bahagian akan mendapat ketua baru," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Pemuda UMNO Perak di Ipoh semalam.
Beliau berkata, selain itu, sebanyak 11 orang yang kini menduduki jawatankuasa Pemuda akan bertanding di peringkat bahagian.

Kata Zainol Padzi, seorang lagi akan bertanding ketua bahagian di Bagan Serai.

Ujar beliau, empat orang akan bertanding timbalan ketua bahagian termasuk beliau sendiri di Pasir Salak.

Menurutnya, enam orang akan bertanding naib ketua dan sembilan lagi bertanding di peringkat jawatankuasa bahagian.

Ketika ditanya tentang pencalonan Pemuda UMNO Perak terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau memberitahu, pihaknya mengulangi pendirian untuk mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda.

Katanya lagi, pendirian itu telah dibuat sebelum ini dan sokongan tersebut masih belum berganjak.

Beliau berkata, mengenai calon naib ketua pula, ia menyokong calon baru yang akan diketengahkan.
"Perak juga akan mengemukakan tiga nama untuk menduduki kerusi Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan kali ini dan nama mereka akan diketengahkan selepas pemilihan di peringkat bahagian," katanya.

No comments: